Mama-mama..pagi-pagi bercantik-cantik dan terus ke tempat kerja. Jangan lupa anak-anak kita !
Pastikan anak-anak juga cantik..keputusan periksa cantik, perangai cantik dan kalau boleh biarlah semuanya cantik.
Saya bangun seawal 5.30pagi je..terus fikir apa yang perlu untuk sarapan pagi untuk anak-anak . Sarapan pagi membantu anak-anak anda aktif, bertenaga dan cerdas sepanjang hari.
Sarapan pagi amat perlu dan sangat baik untuk mereka. Tak perlu susah-susah pun kalau tahu Anda sebagai mama boleh cuba tips di bawah dan lihat hasilnya..
Petua saya untuk anak sejak mereka kecil ialah
1. Pastikan kesemua makanan perlu di susun cantik di dalam pinggan masing-masing.
Mesti ada :
Kismis 7 biji, kurma 2 biji, pisang berangan 1 biji dan roti 2 keping.
Air susu atau air coklat yang di campur sesudu madu.
Mungkin anda boleh cuba telur rebus , Cornflake bersama susu dan sebagainya. Semasa
saya sediakan makanan anak-anak saya berzikir 'Ya-Rasyid dan 'Ya-Wahabu' .
a) Kenapa Kismis ?

“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.
Imam Ali berkata:
“Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
“Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.
b) Khasiat Kurma

Sabda Rasulullah SAW:
- “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.
-“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
-“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.
Abu Abdillah berkata:
“Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah berkata:
“Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata:
“Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
c) Khasiat Pisang.

Pisang di kenali sebagai Makanan kegembiraan atau Happy Food.
Antara kebaikan pisang adalah :
i) Ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.bagus untuk Anemia.
ii)Kandungan potasium tinggi dapat merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
iii) Kandungan fiber yang tinggimembantu masalah pembuangan air besar .
iv) Sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan.
v) Kurangkan masalah gemuk dengan memakan pisang setiap dua jam.
d) Khasiat Madu

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.
“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.
“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
“Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.
Imam Ali, beliau berkata:
“Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq:
“Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.
e) Roti adalah sumber tenaga . Mudah dan cepat di sediakan.
Jadi, apa tunggu lagi!
Mama cantik di mata anak-anak segera ubah cara kita memberi sarapan untuk anak-anak. Sediakan bekalan ke sekolah. Jangan cuma beri duit dan masing-masing bergegas ke tempat kerja.
Be happy and beautiful Mommy..
No comments:
Post a Comment