expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 28, 2014

8 Tips untuk Mama cantik di mata anak-anak tercinta

Ibu..berbagai panggilan di beri...Mama, Mom, Bonda, Umi dan sebagainya. Ibu adalah orang yang paling di sayangi oleh anak-anak. Tiada ibu, rasanya tidak lengkap kehidupan kita.

Anda juga seorang ibu ! Tahniah ..kerana telah memberi kehidupan yang baik untuk anak-anak.
Di mata anak-anak, ibu adalah orang yang terbaik bagi mereka. Bagi anak-anak, ibu mereka adalah orang yang sangat disayangi, cantik, hebat bagi segala-galanya.

"I'am a proud mother, I gave my children life, they give me a reason to live. I LOVE my children."

Seperti apa yang di perkatakan oleh Nabi Muhammad.Sayangi dan patuhilah ibu. Pangkat ibu sangat tinggi di sisi Allah. Tapi , bagaimana untuk menjadi ibu terbaik.

Adakah dengan hanya melahirkan anak-anak?
Adakah dengan memberi makanan yang sedap-sedap?
Adakah dengan cukup membesarkan mereka?

10 Tip menjadi Ibu yang baik :

1. Memberi nama yang baik-baik. Yang mempunyai makna. Sebab nama adalah doa.

2. Mendoakan anak-anak setiap masa.
Wahai Ibu-ibu , jangan berhenti berdoa untuk anak-anak kita. Doa ibu-ibu sangat mustajab dan sentiasa d di makbulkan Allah.Jangan berputus asa..cuma cepat atau lambat untuk Allah makbulkan doa ibu-ibu.
Waktu yang baik untuk berdoa untuk anak-anak..
    -waktu sujud akhir dan selepas sembahyang
    -waktu memasak dan menyediakan makanan
    -sebelum tidor
    -waktu mereka tidur, berdoa dan hembus di ubun-ubun anak anak

3. Beri kasih sayang . Belai dan peluklah anak-anak selalu. Jangan malu..peluk anak-anak erat-erat, cium mereka dengan kasih sayang walaupun meraka sudah besar.

4. Sediakan segala keperluan anak-anak sekadar yang kita mampu.

5. Beri makanan yang baik-baik serta berkhasiat. Contohnya seperti untuk sarapan pagi ..kismis 7 biji,        kurma 2 biji, 2 keping roti, telur 1 biji dan susu.
Yang tak mahu makan, cuba cari menu makanan yang lebih membuat mereka tertaik untuk makan. Be kreatif mommy !
Kalau ada anak yang tak mau makan tu, cuba juga suap sedikit. Ikut mereka, bukan duduk saja di kerusi dan cuma tunngu anak datang pada kita .Pasti tidak berhasil !
 Cuba hindarkan dari memberi makanan segera dan bergas.

6. Selalu sembahyang hajat untuk anak-anak. Terus berdoa dan berdoa untuk mereka.
 Doa di mudahkan menerima pelajaran, berjaya dunia dan akhirat, di temukan jodoh yang baik-baik, di murahkan rezeki yang melimpah ruah, beriman dan masuk syurga tanpa hisab.

7. Sentiasa memberi nasihat untuk anak-anak . Jangan lupa mengingatkan anaka-anak untuk sembahyang pada waktunya, belajar bersungguh-sungguh, hormat orang tua dan sebagainya.

8. Cakap dengan lemah-lembut..dengan anak-anak.Jangan bercakap dengan kasar, terlalu kuat dan mengikut perasaan.


Jadilah  ibu yang cantik di mata anak-anak. Pasti anda akan rasa bahagia..di dunia dan akhirat.

Be always a Beautiful Mommy..


No comments:

Post a Comment