expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 30, 2014

Mama cantik dengan Charm Foundation


Dulu aku ni tak suka apa-apa pun di sapu di muka. Ramai kawan-kawan kata perlu sapu bedak lah, sapu foundation lah, sapu itu sapu ini.. Aku tak peduli pun. Bukan apa..aku tak suka benda-benda ni semua sebab ada housemate aku tu suka betul pakai segala yang ada di muka bumi ni di wajahnya. Bolehlah tahan cantik. Tapi yang aku tak tahan ialah bila dia pakai segala benda tu , satu bilik ada sejenis bau yang menyucuk hidung.Mseti pening dan mood baik pun melayang. Itu yang tak tahan. 

Tapi sekarang tak lagi. Aku takut cahaya matahari, kotoran, pencemaran dan segalanya menyebabkan kulit rosak. Nasib baik terjumpa produk Charm Foundation....  fuhh..rasa lega sangat 

CHARM FOUNDATION

 Charms Foundation mampu menutup segala noda, bintik hitam, jeragat, bekas jerawat dan sebagainya di wajah anda. Hanya dengan sapuan nipis, anda boleh kelihatan flawless .Gabungan apple stemcell dan kolagen membantu menbaiki masalah kulit anda.

Charms Foundation mempunyai tekstur yang sangat ringan sehinggakan ramai yg berkata seperrti  tidak memakai apa2 di wajah!


Di antara kelebihan CHARMS Foundation adalah:


1) Di adun menggunakan Minyak kelapa dara (sapuan yg sgt halus)
2) Menganjalkan kulit (Collagen)
3) Memudarkan parut dgn penghasilan sel2 baru (Apple stemcell)
3) Mencerahkan (LGluta)
4) Melindungi dr sinaran matahari (punca jeragat)
5) SPF 15
6) Melembabkan kulit wajah



TESTIMONI PELANGGAN 

Suka pakai Charms sebab senang basuh utk ambil wudhu', lepas solat sapu blk..memang flawless skin hanya denga sapuan Charms..pakai natural code..nak hilang scar cepat mestila sapu selalu..hasil gabungan COLLAGEN+APPLE STEM CELL mmg menjadi!"-Izni-






ALL IN ONE!!!
Berbaloikan?? Sambil keluar bercantik2 di siang hari..dapat semua benefits di atas..



Mempunyai 3 warna pilihan iaitu;



1. White Dolly with SPF 15 (untuk kulit cerah)

2. Natural Beauty with SPF 15 (untuk kulit sawo matang or kuning langsat)

3. Sandy Pretty with SPF 15 (untuk kulit gelap)

Sesuai untuk semua jenis kulit, semua pringkat umur dan ianya tahan selama 8 jam :

** Mencerhkan kulit** Melembabkan kulit
** Mengurangkan kedutan
** Tona kulit sekata
** Sebagai pelindung cahaya matahari
** Bebas minyak
** Awet muda


HARGA 
RM59/sm

rm69/ss


POSTAGE
  
RM6/SM
RM9/SS

Berminat SMS/PM saya di 013-5841233

Saturday, June 28, 2014

Mama Cantik - Tip hilang jeragat

  Kalau dah jadi mama cantik buat anak-anak, jangan lupa pada kita sebagai mama pun mesti cantik luaran dan dalaman.

Abahnya pun nak mamanya cantik juga kan ?

Tentu abah  akan senyum meleret bila mamanya pun cantik berseri, wangi lembut semerbak, kemas di dalam rumah dan di luar rumah.

Bagi yang budget cukup-cukup untuk anak-anak, cuba petua dari dapur pun boleh. Di dapur mama cantik tentu ada rempah, buah-buahan dan sebagainya

Hari ni saya kongsi petua agar kulit muka lebih berseri. Kurangkan jeragat di muka. Kalau ada emas intan berlian berkilau-kilau di tangan dan leher pun tak guna , kalau muka mama-mama  penuh jeragat, berparut , kusam dan tidak bermaya. Semua barang hiasan orang tak nampak dah.

Belum terlambat lagi..jom cuba petua di bawah  dan anda pasti gembira dengan hasilnya. Yang pasti mesti usaha sikit. Jangan biarkan muka berlapuk dan kelihatan selekeh..


Petua Hilangkan Jeragat Atau Bintik Hitam secara Tradisional)

1. Sapu kulit pisang berangan di muka dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air .
2. Putih telur di pukul sedikit. Sapu rata di muka dan tekap tisu dan biar hingga kering selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air.
3. Ambil hampas kelapa yang telah diperah santannya. Gosok perlahan arah menaik di muka anda. Biar selama 10-15 minit dan bilas dengan air.
4. Guna daun sirih muda. Daun sirih di gosok perlahan di sekitar jeragat. Buat berulang kali .

Kalau yang berduit sikit jom kita guna Aurawhite. Cuba dulu baru tahu kesannya...pasti anda gembira
SET EKSKLUSIF 4 IN 1 AURAWHITE SKIN SPA
RM150 (SM)
RM160 (SS)

* FREE POS





Produk terdiri dari :

1. Diamond Deep Cleanser

2. WhiteDiamond Serum

3. CC Crème Spf 35

4. Phyto Night Cream.


SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT

KENAPA PERLU MEMILIH PRODUK AURAWHITE SKINSPA ?



• Produk ini Selamat, Halal , Tiada Bahan Kimia Terlarang.


• Mendapat Kelulusan Dari Kementerian Kesihatan Malaysia


• GMP, HACCP, FRANCE Technology System & BUMIPUTERA


• Khidmat Nasihat Dari Pakar Kecantikan Yang Berpengalaman


• Di formulasikan dari Perancis dengan rumusan bahan-bahan berkualiti tinggi


• Antara bahan Utama adalah dari Ekstrak Protein Berlian, L-Glutathione, Hyaluronic Acid, Ekstrak Bunga-bungaan seperti Chamomile, Sakura, Pheony dengan memberi kelainan dari produk yang ada di Pasaran.


• Kesan Seawal 5 hari.


• Merawat komponen sel kulit secara mendalam.


• Tekstur molekul yang lembut merangsang pertumbuhan sel kulit.


Kulit lebih Cerah, Anjal , Gebu , Flawless selepas menggunakannya secara konsisten.


• Produk yang mendapat permintaan yang tinggi


• 95% kulit lebih anjal & tegang, 87% garis halus & tona lebih sekata, 78% pigmentasi semakin pudar, 92% kulit lebih cerah & lembap.


Berminat PM/SMS saya di 013-5841233


https://www.facebook.com/saharah.othman





8 Tips untuk Mama cantik di mata anak-anak tercinta

Ibu..berbagai panggilan di beri...Mama, Mom, Bonda, Umi dan sebagainya. Ibu adalah orang yang paling di sayangi oleh anak-anak. Tiada ibu, rasanya tidak lengkap kehidupan kita.

Anda juga seorang ibu ! Tahniah ..kerana telah memberi kehidupan yang baik untuk anak-anak.
Di mata anak-anak, ibu adalah orang yang terbaik bagi mereka. Bagi anak-anak, ibu mereka adalah orang yang sangat disayangi, cantik, hebat bagi segala-galanya.

"I'am a proud mother, I gave my children life, they give me a reason to live. I LOVE my children."

Seperti apa yang di perkatakan oleh Nabi Muhammad.Sayangi dan patuhilah ibu. Pangkat ibu sangat tinggi di sisi Allah. Tapi , bagaimana untuk menjadi ibu terbaik.

Adakah dengan hanya melahirkan anak-anak?
Adakah dengan memberi makanan yang sedap-sedap?
Adakah dengan cukup membesarkan mereka?

10 Tip menjadi Ibu yang baik :

1. Memberi nama yang baik-baik. Yang mempunyai makna. Sebab nama adalah doa.

2. Mendoakan anak-anak setiap masa.
Wahai Ibu-ibu , jangan berhenti berdoa untuk anak-anak kita. Doa ibu-ibu sangat mustajab dan sentiasa d di makbulkan Allah.Jangan berputus asa..cuma cepat atau lambat untuk Allah makbulkan doa ibu-ibu.
Waktu yang baik untuk berdoa untuk anak-anak..
    -waktu sujud akhir dan selepas sembahyang
    -waktu memasak dan menyediakan makanan
    -sebelum tidor
    -waktu mereka tidur, berdoa dan hembus di ubun-ubun anak anak

3. Beri kasih sayang . Belai dan peluklah anak-anak selalu. Jangan malu..peluk anak-anak erat-erat, cium mereka dengan kasih sayang walaupun meraka sudah besar.

4. Sediakan segala keperluan anak-anak sekadar yang kita mampu.

5. Beri makanan yang baik-baik serta berkhasiat. Contohnya seperti untuk sarapan pagi ..kismis 7 biji,        kurma 2 biji, 2 keping roti, telur 1 biji dan susu.
Yang tak mahu makan, cuba cari menu makanan yang lebih membuat mereka tertaik untuk makan. Be kreatif mommy !
Kalau ada anak yang tak mau makan tu, cuba juga suap sedikit. Ikut mereka, bukan duduk saja di kerusi dan cuma tunngu anak datang pada kita .Pasti tidak berhasil !
 Cuba hindarkan dari memberi makanan segera dan bergas.

6. Selalu sembahyang hajat untuk anak-anak. Terus berdoa dan berdoa untuk mereka.
 Doa di mudahkan menerima pelajaran, berjaya dunia dan akhirat, di temukan jodoh yang baik-baik, di murahkan rezeki yang melimpah ruah, beriman dan masuk syurga tanpa hisab.

7. Sentiasa memberi nasihat untuk anak-anak . Jangan lupa mengingatkan anaka-anak untuk sembahyang pada waktunya, belajar bersungguh-sungguh, hormat orang tua dan sebagainya.

8. Cakap dengan lemah-lembut..dengan anak-anak.Jangan bercakap dengan kasar, terlalu kuat dan mengikut perasaan.


Jadilah  ibu yang cantik di mata anak-anak. Pasti anda akan rasa bahagia..di dunia dan akhirat.

Be always a Beautiful Mommy..


Dari Mama Cantik-5 makanan terbaik untuk anak-anak

Salam, 
Mama-mama..pagi-pagi bercantik-cantik dan terus ke tempat kerja. Jangan lupa anak-anak kita !
Pastikan anak-anak juga cantik..keputusan periksa cantik, perangai cantik dan kalau boleh biarlah semuanya cantik.

Saya bangun seawal 5.30pagi je..terus fikir apa yang perlu untuk sarapan pagi untuk anak-anak . Sarapan pagi membantu anak-anak anda aktif, bertenaga dan cerdas sepanjang hari.


Sarapan pagi amat perlu dan sangat baik untuk mereka. Tak perlu susah-susah pun kalau tahu Anda sebagai mama boleh cuba tips di bawah dan lihat hasilnya..

Petua saya untuk anak sejak mereka kecil ialah

1. Pastikan kesemua makanan perlu di susun cantik di dalam pinggan masing-masing.
    
Mesti ada :


Kismis 7 biji, kurma 2 biji, pisang berangan 1 biji dan roti 2 keping.

Air susu atau air coklat yang di campur sesudu madu.

Mungkin anda boleh cuba telur rebus , Cornflake bersama susu dan sebagainya. Semasa

saya sediakan makanan anak-anak saya berzikir 'Ya-Rasyid dan 'Ya-Wahabu' .


a) Kenapa Kismis ?


Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali berkata:

“Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

“Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.


b) Khasiat Kurma




Sabda Rasulullah SAW:


- “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

-“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.


-“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah berkata:

“Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.


Abu Abdillah berkata:

“Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata:


“Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.


c) Khasiat Pisang.




Pisang di kenali sebagai Makanan kegembiraan atau Happy Food.


Antara kebaikan pisang adalah :

i) Ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.bagus untuk Anemia.


ii)Kandungan potasium tinggi dapat merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.


iii) Kandungan fiber yang tinggimembantu masalah pembuangan air besar .


iv) Sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan.


v) Kurangkan masalah gemuk dengan memakan pisang setiap dua jam.


d) Khasiat Madu






Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

“Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.


Imam Ali, beliau berkata:

“Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.


Imam Ja’far Ash-Shadiq:


“Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.


e) Roti adalah sumber tenaga . Mudah dan cepat di sediakan. 


Jadi, apa tunggu lagi!

Mama cantik di mata anak-anak segera ubah cara kita memberi sarapan untuk anak-anak. Sediakan bekalan ke sekolah. Jangan cuma beri duit dan masing-masing bergegas ke tempat kerja.

Be happy and beautiful Mommy..